Sunday, March 15, 2009

HAmpir Kehilangan Tujuan

Sebaik aku terjaga dari tidur, aku tertanya-tanya, apa yang patut aku lakukan untuk Islam?

Aku malu untuk berfikir tentang kepentingan diriku. Bukan aku tak kisahkan diriku, tapi, diriku ini sudah aku waqafkan untuk Islam.

Aku tidak perlu persetujuan dari siapa-siapa untuk tujuan ini.

Aku tahu dan yakin, jika keputusan ini yang aku ambil, maka kebarangkalian untuk aku mendekatkan diri pada Rabb sangat tinggi, cuma tinggal saja aku mahu atau tidak.

Jika aku tidak waqafkan diri pasti aku sudah terjerumus ke dalam alam maksiat yang tidak berkesudahan.

Jika aku tidak ambil jalan ini, pasti bukan aku yang tulis post ini.

Di kesempatan ini, nak bagi peringatan, kita dapat hidayah tanpa sedar...tapi pekalah pada kedatangan hidayah itu, sebab sekali kita terlepas pandang, dia akan terus pergi tanpa menoleh lagi..

No comments:

Post a Comment