Sunday, March 1, 2009

Matlamat Terakhir Kita

Aku pernah bertanya pada UStazah, sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ini, Ustazah menjawab, "kamu akan tahu suatu hari nanti".

Suatu hari nanti itu bila?
Nampaknya aku perlu menunggu sendiri.

Hari ini, aku telah melihat apa matlamat hidup kita yang sebenar.

Semenjak menginjak umur menghampiri kedewasaan ini, aku teruja dengan tribulasi-tribulasi yang akan melanda semua jiwa yang bergelar insan. Tiada seorang pun akan terkecuali daripada mendapat tarbiyah dari Allah tapi, apa yang penting, usaha kita untuk mentafsir semua ujian tadi.

Tarbiyah?mungkin ada di antara kita yang penin apa itu tarbiyah yang sebenarnya.

Jangan terkejut, tarbiyah itu penting walau kalian tidak tahu. Sekarang kalian telah mengetahuinya. Saranan saya, carilah tarbiyah.

Tarbiyah itu akan menjaga kita daripada menyalahtafsirkan matlamat hidup yang sebenar.

Cuba lihat diri masing-masing. Apakah kita dalam kalangan mereka yang ada matlamat hidup yang jelas?

mungkin kita lebih senang dengan cara hidup kita yang hanya , melihat para pendakwah melakukan kerja-kerja mereka, nah, satu klu telah terbongkar. Dan memang tujuan post ini untuk membongkar apa matlamat hidup kita.

Nanti kalian akan rasa terancam dengan keadaan dunia yang semakin dipenuhi dengan fitnah-fitnah yang tidak tertanggung. Maka tarbiyah itu akan meneguhkan pendirian kita supaya istiqamah dalam landasan yang sebenar dan rela menjadi golongan yang digelar Al Ghuraba(Orang yang ganjil)

Kita perlu ingat bagi yang tahu, dan yang tidak tahu...perlu tahu dan faham bahawa, suatu hari nanti golongan yang betul atau dengan makna lain, golongan yang mempertahankan islam akan dipandang ganjil. Jika diri anda tidak dipandang ganjil maka diri anda belum termasuk dalam golongan itu, maka bersedialah untuk berubah. Jangan statik di atas pendirian yang membinasakan itu.

DAKWAH

Perkataan ini sinonim untuk para ustaz dan ustazah. Tapi kali ini kita yang perlu mengalah. Sebab kita tidak boleh melepaskan tanggungjawab kita begitu saja. Selagi kit beraama islam, kita perlu pertahankan kesyumulan aama kita.

Jika kalian perasan , agama-agama lain dalam negara kita telah bengkit mengatasi aama kita, ISLAM.

Tapi , kita masih terkebil-kebil di sini. Kalau kalian tahu, kristianisasi sedang giat di lancarkan sehingga mereka berani memohon kebenaran untuk menggunakan perkataan ALLAH untuk menggantikan JESUS dalam risalah BAHASA MELAYU untuk diedarkan pada semua lapisan masyarakat. Kalau mereka yang kurang kefahaman membaca, atau terbaca artikel itu, tidak mustahil akidah mereka musnah. Belum tengok lagi usaha agama yang tidak disebutkan. Amat menyesakkan jiwa bukan? jadi kita nak harapkan siapa di sini? Kalian tidak boleh berdalih dengan perkataan "tidak tahu " di hadapan ALlah kelak, kamu kena buat sesuatu usaha untuk membalas pertanyaan Allah. Bukan bagi jawapan sebegitu. Itu tidak lojik.

Permohonan seperti ini amat mudah diluluskan jika mereka yakni orang-orang yang bukan Islam ini memegang tampuk pemerintahan.

Mungkin kita rasa kita tidak bolah bincangkan Isu yang berkaitan dengan politik. Namun hakikatnya, kalau kita terus mengundi pemimpin yang bukan beraama Islam sedangkan masih ramai pemimpin yang beragama Islam, apa hujah kita bila pemimpin itu menghancurkan kesucian agama kita di hadapan Allah.

Tapi, kita sedia maklum, ramai yang menyangka, orang bukan Islam ini faham sensitiviti agama Islam. Sebenarnya, mereka tidak faham sebagaimana kita faham. Mereka tetap akan merancang untuk menjatuhkan Islam.

Jadi, kesimpulan di sini, matlamat terakhir kita ialah menjadi pejuang Allah yang sanggup mengorbankan harta, diri pada jalan dakwah. Tapi, kalian tidak mungkin menjadi pendakwah yang baik tanpa tarbiyah. Maka carilah tarbiyah Islamiyah itu. Minta petunjuk dari Allah sebagaimana kita minta petunjuk untuk mencari pasangan hidup.

Hayatilah makna dalam surah As Saff. Maka kekuatan akan tercetus di sana. Janji Allah akan membahagiakan kita.


"Dakwah suatu kewajipan bukan pilihan,Perjuangan,ideologi,'izzah,syari'ah dan khalifah telah sebati dalam jiwa-jiwa pendokongnya..perjuangan dan penyebaran dakwah?fikrah2 Islam tidak akan terhenti, hingga aku, kamu dan mereka mati kerana Nya..."

Salam perjuangan

- Puteri SEMAI

No comments:

Post a Comment